Musala al-Qibli
Musala al-Qibli

Musala al-Qibli

Musala al-Qibli (Bahasa Arab: المصلى القِبْلي, Bahasa Inggeris: Qibli Chapel) atau Jamik al-Qibli (Bahasa Arab: الجامع القِبْلي) atau Masjid al-Qibli (Bahasa Arab: المسجد القبلي) ialah salah satu bangunan utama yang terdapat dalam kompleks Masjid Al-Aqsa bahagian selatan dengan ciri khas kubah timahnya yang berwarna kelabu. Musala al-Qibli juga sering dipanggil sebagai Masjid Al-Aqsa itu sendiri, walaupun Masjid Al-Aqsa juga merujuk kepada keseluruhan kompleks yang di dalamnya terdapat beberapa bangunan penting; seperti Musala al-Qibli itu sendiri, Kubah Al-Sakhrah, Musala Al-Marwani, Kubah Al-Mikraj, Kubah Al-Silsilah, Kubah Al-Nabi, dan bangunan-bangunan lainnya.Musala al-Qibli kali pertama dibangun pada zaman Umar Al-Khattab, meskipun beberapa pendapat menyatakan bahawa masjid ini dibangun pada zaman Khilafah Umaiyah. Setelah gempa bumi tahun 746, masjid ini hancur seluruhnya dan dibangun semula oleh khalifah Abbasiyah Al-Mansur pada tahun 754, dan dikembangkan lagi oleh penggantinya Al-Mahdi pada tahun 780. Gempa berikutnya menghancurkan sebahagian besar Musala al-Qibli pada tahun 1033, tetapi dua tahun kemudian khalifah Fatimiyyah Ali al-Zahir membangun semula masjid ini yang masih tetap berdiri hingga kini.Dalam pelbagai pembaikan berkala yang dilakukan, pelbagai dinasti khalifah Islam telah melakukan penambahan terhadap Masjid al-Aqsa dan kawasan sekitarnya, antara lain pada bahagian kubah, fasad, mimbar, menara, dan dalaman bangunan termasuklah Musala al-Qibli. Ketika Tentera Salib menakluki Baitulmuqaddis pada tahun 1099, mereka menggunakan masjid ini sebagai istana dan Kubah Al-Sakhrah sebagai gereja, tetapi fungsi masjid dikembalikan semula setelah Salahuddin mengambil alih kepemimpinan kota itu. Pengubahsuaian, pembaikaj, dan penambahan lebih lanjut dilakukan pada abad-abad kemudian oleh para pemerintah Ayubiyah, Mamluk, Uthmaniyah, Majlis Tinggi Islam era Mandat Palestin, dan Jordan.Pembakaran Masjid al-Qibli pada 21 Ogos 1969 telah mendorong berdirinya Pertubuhan Persidangan Islam yang saat ini beranggotakan 57 negara. Pembakaran tersebut juga menyebabkan mimbar purba Salahuddin Al-Ayyubi terbakar habis. Dinasti Bani Hasyim pemerintah Kerajaan Jordan telah menggantinya dengan mimbar baru yang dihasilkan di Jordan[2], meskipun ada pula yang menyatakan bahawa mimbar buatan Jepara digunakan di masjid ini.[3][4]

Musala al-Qibli

Daerah Kota Lama Baitulmuqaddis
Lebar 56 meter (183.7 kaki)
Bil. menara masjid 4
Pecah tanah pada 685 (pembinaan pertama)
1033 (pembinaan kedua)
Bahan binaan Batu kapur (tembok luar, menara, mukaan), stalaktit (menara), timah (kubah), marmar putih (tiang dalam)
Agama Islam
Jenis seni bina Masjid
Disiapkan pada 705 (pembinaan pertama)
1035 (pembinaan kedua)
Lokasi Masjid Al Aqsa, Baitulmuqaddis
Kapasiti 5.000[1]
Arah muka bangunan Utara
Panjang 83 meter (272.3 kaki)
Koordinat geografi 31°46′35″N 35°14′8″E / 31.77639°N 35.23556°E / 31.77639; 35.23556
Pemimpin Kementerian Wakaf Jordan
Tinggi menara masjid 37 meter (121.4 kaki)
Gaya seni bina Seni bina awal Islam, Mamluk
Bil. kubah 1
Arah bahagian hadapan bangunan Utara